How To Get Rich and Happy With Forex?

Kaedah Fibonacci

Kaedah Fibonacci diasaskan oleh Tokoh Matematik terkenal Leonardo Fibonacci de Pisa yang terkenal dengan buku berjudul Book of Calculation.

Beliau telah menemukan banyak formula matematik dan salah satu yang popular dan digunakan sehingga kini ialah Konsep Fibonacci lebih ringkasnya = Fibo.

Banyak rujukan percuma yang memberi penerangan asal usul dan pengiraan komples Fibo, tetapi dalam pembelajaran asas saya ini cuma menerangkan penggunaan nombor-nombor atau zon-zon penting Fibo sahaja.

Nombor yang biasa digunakan 0.382(38.2%),0.50(50%) dan 0.618(61.8%), ini adalah beberapa nombor 'Magic' dalam analisa teknikal Forex.

Apa faedah nya Fibonacci pada Forex?

Oleh kerana popularnya pendekatan Fibo dikalangan Pedagang-pedagang awal, ramai munggunakan ia sebagai salah satu kaedah menentukan zon-zon Support dan Resistance.

Contoh carta dengan plot support&resistance berdasarkan zon-zon fibo:-






 
© Jutawan Internet Alaf Baru 2008 | Partnership | Links | RM10.00! | Otelo.com