How To Get Rich and Happy With Forex?

Penternakan Cacing Tanah

Pagi ini saya ada urusan pembayaran di bank. Selesai urusan saya pun berehat sebentar sambil menghantar sms kepada rakan. Tiba-tiba kedengaran 2 orang pemuda sedang rancak bercerita tentang sesuatu yang menarik perhatian saya, Penternakan Cacing Tanah!

Kerana berminat saya pun membuka mulut bertanya kepada salah seorang pemuda mengenai penternakan cacing. Katanya saya dah terlepas peluang kerana seminar baru saja berakhir kelmarin (tak terfikir pula peluang saya dah hilang, esok kan masih ada..ahaks..).

Memendekkan cerita saya pun meminta sekeping bussiness card daripada pemuda berkenaan. Kebetulan laman web mengenai projek ini ada tertera dan boleh dilawati pada bila-bila masa.

Saya singgah ke cyber cafe sebentar dan klik pada laman web Penternakan Cacing Tanah tapi agak mengecewakan kerana pelan pemasaran diterangkan dengan cara yang sangat ringkas.

Jadi kepada sesiapa yang berminat atau mempunyai pengalaman mengenai penternakan cacing diharap agar dapat berkongsi ilmu tentang bagaimana untuk memulakannya dan potensi pendapatan. Siapa tahu ada diantara kita bakal menjadi jutawan cacing pula.

Wassalam..

Laman web ternakan cacing tanah: www.EasternAgroCentre.org

No comments:

 
© Jutawan Internet Alaf Baru 2008 | Partnership | Links | RM10.00! | Otelo.com