How To Get Rich and Happy With Forex?

Jana Kekayaan Dengan Menjual Prepaid

Jual prepaid ni keuntungannya sangat kecil. Profit margin takat 2%-4%, Jual Rm10, baru dapat 20-30 sen. Bila nak kaya?

Saya akan kongsikan rahsia dan cara bagaimana saya hanya menjual prepaid tak sampai RM30 seminggu, tetapi saya tetap boleh dapat bonus mingguan sehingga RM700 - RM800 setiap minggu. Rahsia bagaimana walaupun saya hanya jual tak pernah lebih dari RM110 sebulan, tetapi tetap boleh dapat bonus leadership bulanan sehingga RM7000-RM8000 sebulan!!

Habis tu? Kalau dah memang jual prepaid margin keuntungannya sangat kecil, jadi macamana nak untung besar dalam perniagaan prepaid ni?

Senang saja jawapannya. Bukan sahaja prepaid, malah semua produk yang kecil marginnya, konsepnya semua sama. Sebagai contoh, dikala harga petrol melambung naik, baru kita tahu dari setiap liter, pengusaha petrol pump cuma untung 16sen sahaja. Tapi macamana tokey petrol pump boleh kaya? Sebab dia bukan jual 5,6 liter sehari. Tapi 50-60ribu liter sehari. Beratus ribu liter sehari pun ada. Jadi kesimpulannya disini, asalkan saja kita mampu create volume jualan yang besar, maka pastilah keuntungannya akan besar juga. Sama juga perihalnya dalam perniagaan prepaid ini. Hanya perlu pastikan sales volume anda besar. Kalau volume jualan besar, tak kira sekecil mana pun margin, maka keuntungan tetap besar. Anda dapat untung sedikit kerana anda hanya jual RM500 sebulan... RM1000 sebulan... Bayangkan kalau kita mampu jual RM1 juta sebulan, jangan kata kalau 1%, kalau cuma 0.5% sekalipun kita dah dapat RM5000.

Persoalannya kini bukan lagi bagaimana nak untung besar, tapi bagaimana nak jual product prepaid sebanyak RM1 juta sebulan? Betul tak?

Bayangkan, jika anda mempunyai 1000 cawangan kedai prepaid, sebenarnya memadai 1 kedai menjual RM1000 saja dalam sebulan, maka anda telah berjaya mencipta volume jualan sebanyak RM1 juta sebulan.

Bagaimana pula jika anda mempunyai 5000 cawangan kedai prepaid? Hah! Satu cawangan cuma jual RM200 sebulan pun kita dah capai target jualan RM1 juta sebulan. Bagaimana pula kalau anda ada 5000 cawangan dan setiap satunya jual RM1000 sebulan (kira-kira RM250 dalam seminggu)? Wah! Dah jadi RM5juta jualan dalam sebulan!!

Jadi sekarang, bagaimana nak jual RM1 juta sebulan bukanlah lagi persoalan sebenarnya. Persoalannya, bagaimana nak buka 5000 cawangan kedai prepaid!

Sebenarnya ini pun agak mustahil untuk dilakukan oleh peniaga prepaid secara konvensional (cara biasa) diluar sana. Jangankan 5000 cawangan, nak buka 2 cawangan pun belum tentu lagi. Nak cari lokasi kedai yang strategik lah, nak cari pekerja, nak pastikan modal semua cukup dan sebagainya. Tapi kita? Cukup senang! Dengan hanya merekrutt agen baru sebenarnya dah sama macam kita membuka satu cawangan kedai prepaid yang lain. Tidakkah anda sedar perkara ini? Jadi dengan hanya merekrutt 5000 agent baru sebenarnya dah menyamai kita mambuka 5000 cawangan kedai prepaid.

Bagaimana nak membuka 5000 cawangan kedai prepaid tanpa sebarang modal untuk kos sewa tapak perniagaan, kos renovate kedai, kos penyelenggaraan, kos bil elektrik gaji pekerja dan sebagainya?

Sebenarnya dengan seorang hanya merekrut dan mencari 8 orang agent sebagai direct downline sahaja pun anda sudah mampu mempunyai lebih kurang 5000 downlines dalam hanya level ke-4.

Jika setiap individu hanya cari 2 downline baru dalam seminggu (dan perkara yang sama turut dilakukan oleh downline baru tadi) sebenarnya anda hanya memerlukan 4 bulan untuk memenuhkan carta tadi dan memiliki 5000 'Cawangan Kedai Handphone'!

Okeylah... nak cari 5000 tu susah. Tapi nak cari 8 orang susah juga ke? Susah ke untuk kita menyenaraikan 8 orang yang kita kenal yang menggunakan prepaid untuk kita kongsikan peluang perniagaan yang amat berpotensi ini? Ada 22 juta pengguna Handphone, 19 juta pengguna prepaid, susah ke nak cari 8 orang?

Rakan-rakan kita sendiri lebih dari 8 orang. Saudara-mara adik-beradik dan anak-beranak kita sendiri dah lebih dari 8 orang. Kawan-kawan sekolah atau rakan-rakan sepejabat kita sendiri lebih dari 8 orang. Senarai dalam phonebook kita sendiri dah lebih dari 8 orang. Senarai kawan-kawan dalam email kita sendiri dah lebih dari 8 orang. Senarai kawan-kawan dan kenalan dalam MySpace, Frienster, Tagged, Facebook, Hi5 dan bermacam lagi social community yang kita sertai juga dah lebih dari 8 orang. Jangan kata 8 orang. 80 orang pun sepatutnya tidak ada sebarang masalah.

Dengan cara inilah saya berjaya. Saya juga bermula sama seperti anda. Bermula dari tiada downline. 1 orang, jadi 2 orang. Dari 2 orang jadi 20 orang.

Selama ini kita sibuk nak menjual prepaid untuk dapat pulangan besar. Bila bonus kecil, mulalah kita bersungut tentang margin, PV, dan sebagainya. Bila kena cari downline kita mula mengeluh. Kita tak sedar yang merekrut downline baru tu umpana kita membuka cawangan kedai prepaid kita sendiri juga. Bila kena mencari orang kita mula mencipta alasan itu ini, susah dan sebagainya tanpa sedar yang kita sebenarnya sedang mencipta alasan untuk kita gagal. Tak perlulah ceritakan alasan anda atau lebih malang bila dah tiada alasan, susah payah fikir untuk mendapatkan alasan. Sebenarnya orang lain tak nak tahu pun sebab kenapa anda gagal. Dan kalau anda nak gagal sekalipun, anda gagal seorang kerana orang lain akan terus berusaha untuk kejayaan diri masing-masing.

Bagaimana? sudah bersedia untuk menjana wang sampingan dengan hanya mengekalkan cara hidup anda menggunakan prepaid?

Bagaimana jika anda bermula dari sekarang secara sambil-sambilan sahaja, tetapi dalam masa 3 tahun lagi anda mampu bersara awal atau tak perlu mencari kerja kerananya? Ingat, di Malaysia kini terdapat lebih dari 18 juta pengguna prepaid daripada 22 juta pengguna telefon bimbit (statistik 2007 dari Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia)

Daftarlah Segera..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

 
© Jutawan Internet Alaf Baru 2008 | Partnership | Links | RM10.00! | Otelo.com