How To Get Rich and Happy With Forex?

Forex Dalam Pandangan Hukum Islam

بســـــــم الله الرحمن الرحيـــــــم

Dalam bukunya Prof. Drs. Masjfuk Zuhdi yang berjudul MASAIL FIQHIYAH; Kapita Selecta Hukum Islam, diperoleh bahwa Forex (Perdagangan Matawang) diperbolehkan dalam hukum islam.

Perdagangan matawang asing timbul kerana adanya perdagangan import/eksport antara negara yang bersifat internasional. Perdagangan (Import-Eksport) ini tentu memerlukan alat pembayaran iaitu WANG yang setiap negara mempunyai ketentuan sendiri dan berbeza satu sama lainnya sesuai dengan penawaran dan permintaan diantara negara-negara tersebut sehingga timbul PERBANDINGAN NILAI MATA WANG antara negara.

Perbandingan nilai mata wang antara negara terkumpul dalam suatu BURSA atau PASARAN yang bersifat internasional dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama yang saling menguntungkan. Nilai mata wang sesebuah negara dengan negara lainnya ini berubah setiap saat sesuai dengan permintaan dan penawarannya. Adanya permintaan dan penawaran inilah yang menimbulkan transaksi mata wang. Yang secara nyata hanyalah tukar-menukar mata wang yang berbeza nilai.

HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG

1. Ada Ijab-Qabul: ---> Ada perjanjian untuk memberi dan menerima

* Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.
* Ijab-Qabulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.
* Pembeli dan penjual mempunyai kesedaran penuh untuk melaksana dan melakukan tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berpikiran sihat).

2. Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli iaitu:

* Suci barangnya (bukan najis)
* Dapat dimanfaatkan
* Dapat diserahterimakan
* Jelas barang dan harganya
* Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya
* Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan

Perlu ditambahkan pendapat Muhammad Isa, bahawa jual beli saham itu diperbolehkan dalam agama.

لاتشترواالسمك فیالماءفاءنه غرد

"Jangan kamu membeli ikan dalam air, kerana sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandung penipuan". (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas'ud)

Jual beli barang yang tidak di tempat transaksi diperbolehkan dengan syarat harus diterangkan sifat-sifatnya atau ciri-cirinya. Kemudian jika barang sesuai dengan keterangan penjual, maka sahlah jual belinya. Tetapi jika tidak sesuai maka pembeli mempunyai hak khiyar, ertinya boleh meneruskan atau membatalkan jual belinya. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi riwayat Al Daraquthni dari Abu Hurairah:

من سترئ شيتالم يرهفله الخيارإذاراه

"Barang siapa yang membeli sesuatu yang ia tidak melihatnya, maka ia berhak khiyar jika ia telah melihatnya".

Jual beli hasil tanaman yang masih terpendam, seperti kentang, bawang dan sebagainya juga diperbolehkan, asal diberi contohnya, kerana akan mengalami kesulitan atau kerugian jika harus mengeluarkan semua hasil tanaman yang terpendam untuk dijual. Hal ini sesuai dengan kaedah hukum Islam:

المشقة تجلب التيسر

"Kesulitan itu menarik kemudahan."

Demikian juga jual beli barang-barang yang telah terbungkus/tertutup, seperti makanan, LPG, dan sebagainya, asalkan diberi label yang menerangkan isinya. Vide Sabiq, op. cit. hal. 135. Mengenai teks kaedah hukum Islam tersebut di atas, vide Al Suyuthi, Al Ashbah wa al Nadzair, Mesir, Mustafa Muhammad, 1936 hal. 55.

JUAL BELI MATAWANG ASING DAN SAHAM

Yang dimaksud dengan matawang asing adalah matawang luar negara seperi dolar Amerika, pound sterling, ringgit Malaysia dan sebagainya.

Apabila antara negara terjadi perdagangan antarabangsa maka tiap negara memerlukan mata wang asing sebagai alat pembayaran diluar negara.

Dengan demikian akan timbul penawaran dan permintaan di pasaran matawang asing. Setiap negara berkuasa penuh menetapkan nilai matawang masing-masing 1 dolar Amerika = RM3.10. Namun nilai matawang atau perbandingan nilai wang setiap saat akan berubah-ubah, bergantung pada kekuatan ekonomi negara masing-masing. Pencatatan nilai matawang dan transaksi jual beli matawang asing diselenggarakan di Bursa Saham disetiap negara masing-masing.


 
© Jutawan Internet Alaf Baru 2008 | Partnership | Links | RM10.00! | Otelo.com